Jumaat, 21 September 2012

RAMAH TAMAH AIDILFITRI PPKI

Buat julung kalinya, PPKI SK SEMERAH PADI telah mengadakan majlis sambutan ramah tamah aidilfitri secara besar-besaran. Majlis ini melibatkan kesemua guru dan PPM PPKI, ibu bapa dan keluarga warga PPKI. Guru Besar dan guru-guru penolong kanan SK SEMERAH PADI turut dijemput. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti karaoke lagu raya oleh murid PPKI, karaoke terbuka untuk guru, ibu bapa, PPM, dan ahli keluarga. Setiap murid juga mendapat hadiah sumbangan dari keluarga murid PPKI.
Pertandingan seperti JEJAKA PALING TAMPAN, WANITA PALING ANGGUN, SI CILIK SEGAK BERGAYA, SI CILIK CANTIK BERGAYA, PASANGAN PALING SERASI dan TETAMU PALING SPORTING turut diadakan.
Pelbagai juadah raya dihidangkan seperti rendang ayam, ayam masak merah, nasi minyak, kek lapis sarawak, cupcake, tart buah, biskut, sate, ketupat, kuah kacang, nasi himpit dan banyak lagi. Kesemuanya merupakan hasil sumbangan ibu bapa, guru dan PPM.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan