Khamis, 10 Mei 2012

PEMILIHAN ATLIT WAKIL SARAWAK

Bertempat di Stadium Sukan Tabuan Jaya
5 orang murid terpilih untuk mewakili PPKI SK Semerah Padi bagi acara lompat jauh (L/P), lari 100 m (L/P), lari 200 m (L/P)









MESYUARAT IBU BAPA & GURU PPKI / MOTIVASI OLEH DR. HJ. ROSANA

Buat julung kalinya, pada 28 April 2012, PPKI SK Semerah Padi MESYUARAT IBU BAPA & GURU PPKI / MOTIVASI OLEH DR. HJ. ROSANA di SK Semerah Padi. Semasa mesyuarat, AJK dilantik di kalangan ibu bapa untuk memudahkan guru bekerjasama dengan ibu bapa dalam menjalankan pelbagai aktiviti.
Kemudian, disusuli dengan ceramah motivasi oleh Pensyarah dari IPG Kampus Batu Lintang, Dr. Haji Rosana.

Selepas itu, majlis penyerahan wang bantuan persekolahan RM100 dimulakan. Ibu bapa / penjaga murid mengambil wang bantuan tersebut yang di agihkan mengikut kumpulan.

Majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada PK Pend Khas atas idea yang cukup bernas, kepada Pengurus projek Encik Dasyiman dan kesemua guru-guru yang terlibat.