Jumaat, 21 September 2012

RAMAH TAMAH AIDILFITRI PPKI

Buat julung kalinya, PPKI SK SEMERAH PADI telah mengadakan majlis sambutan ramah tamah aidilfitri secara besar-besaran. Majlis ini melibatkan kesemua guru dan PPM PPKI, ibu bapa dan keluarga warga PPKI. Guru Besar dan guru-guru penolong kanan SK SEMERAH PADI turut dijemput. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti karaoke lagu raya oleh murid PPKI, karaoke terbuka untuk guru, ibu bapa, PPM, dan ahli keluarga. Setiap murid juga mendapat hadiah sumbangan dari keluarga murid PPKI.
Pertandingan seperti JEJAKA PALING TAMPAN, WANITA PALING ANGGUN, SI CILIK SEGAK BERGAYA, SI CILIK CANTIK BERGAYA, PASANGAN PALING SERASI dan TETAMU PALING SPORTING turut diadakan.
Pelbagai juadah raya dihidangkan seperti rendang ayam, ayam masak merah, nasi minyak, kek lapis sarawak, cupcake, tart buah, biskut, sate, ketupat, kuah kacang, nasi himpit dan banyak lagi. Kesemuanya merupakan hasil sumbangan ibu bapa, guru dan PPM.





















SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 55

Serentak dengan sambutan ramah tamah aidilfitri, SK SEMERAH PADI turut mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 55 pada hari yang sama. Murid PPKI turut mengambil bahagian dalam aktiviti deklamasi sajak oleh adik WAN RAZIQ DZULKARNAIN BIN WAN RAZIF. Selain itu, pertandingan mewarna turut diadakan untuk murid PPKI dan pemenang tempat 1,2, dan 3 diberikan hadiah.






RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SEMERAH PADI




SK SEMERAH PADI telah mengadakan majlis ramah tamah aidilfitri yang melibatkan kesemua murid, guru dan staf. Setiap kelas diberikan tanggungjawab untuk mengadakan 'rumah terbuka'. Begitu juga dengan kelas PPKI. Pelbagai juadah raya dihidangkan untuk dinikmati bersama.








Khamis, 20 September 2012

SUKANEKA PPKI

Sukaneka PPKI diadakan di dewan  SMK SEMERAH PADI. Ia melibatkan kesemua murid PPKI. Permainan diubahsuai mengikut kemampuan murid PPKI. Antara permainan yg diadakan adalah seperti dusun pak ayub, sepak bola, puzzle, isi air dlm botol, bawa bola pingpong, susun ABC dan banyak lagi. Ibu bapa murid turut dijemput hadir. Malah, ibu bapa berpeluang untuk menyertai permainan menyusun tin berisi airsecara senget. Cabutan bertuah turut diadakan dan pelbagai hadiah berupa hamper hasil sumbangan guru, ibu bapa turut disampaikan kpd pemenang yg bertuah.e











Rabu, 19 September 2012

SAMBUTAN HARI JADI GURU DAN MURID PPKI

Sambutan ini dikendalikam oleh Puan Shafiqa Abdullah dan dibantu oleh semua guru dan  PPM. Ia di adakan di Sugar Bun Satok, Kuching. Semua murid PPKI berpeluang meraikan hari lahir bersama dengan guru.











Ahad, 16 September 2012

lawatan sambil belajar @kpg budaya

PPKI SK semerah Padi telah menganjurkan lawatan sambil belajar yang melibatkan kesemua murid PPKI, guru2 pendidikan khas dan ibu bapa murid. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada kebudayaan etnik di Sarawak.Kami berkesempatan berkunjung ke rumah-rumah tradisional masyarakat Sarawak seperti melayu, cina, bidayuh, iban, melanau, orang ulu, penan dan sebagainya. Pelbagai aktiviti menarik turut di adakan seperti persembahan bergendang oleh masyarakat melayu, tarian ngajat, permainan tradisional masyarakat melanau. Kami juga berkesempatan menyaksikan persembahan tarian oleh pelbagai etnik di auditorium.